PATTANI,
Thailand - Kumpulan pemberontak disyaki membakar beberapa helai bendera
Thailand dan menaikkan bendera Malaysia di sini dalam satu operasi
pengeboman terancang yang amat jarang berlaku di kawasan selatan negara
ini semalam. Menurut polis, alat seperti bom ditemui di
sekurang-kurangnya 60 lokasi di Narathiwat dan Pattani, wilayah yang
majoritinya terdiri daripada penganut Islam. |
|
Kebanyakan alat itu adalah palsu, tetapi hampir 12 unit daripadanya meletup dan mencederakan enam orang tentera.
Pegawai Operasi Keselamatan Dalaman Selatan, Pramote Prom-in
memberitahu tindakan memasang bendera Malaysia dengan bahan letupan itu
bertujuan menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Thailand dan
mencipta ketegangan dengan Malaysia. Beliau meminta supaya kerajaan
bertindak tegas sambil menyatakan serangan tersebut tidak memberi kesan
terhadap hubungan di antara Bangkok dan Kuala Lumpur.
Masih tidak jelas kenapa bendera Malaysia dinaikkan oleh kumpulan
pemberontak itu. Bendera tersebut dipasang di sepanjang jalan, tiang
elektrik, pokok dan laluan pejalan kaki di wilayah Yala, Pattani,
Narathiwat dan Songkhla. Para penganalisis menyatakan militan mahukan
sebuah negara yang merdeka, tetapi tidak pernah menunjukkan minat mahu
menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Penyelidik kanan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New
York, Sunai Phasuk mengakui bahawa motif pemberontak menaikkan bendera
Malaysia masih misteri. Kumpulan pemisah dikatakan mula muncul sejak
Januari 2004. Sejak itu, seramai 5,206 terbunuh dan 9,137 lagi cedera
dalam banyak siri serangan. - Agensi Anda mungkin juga meminati: |
|
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น