วันเสาร์ที่ 25 สิงหาคม พ.ศ. 2555

Tentera senarai 10,000 orang

BANGKOK 25 Ogos - Kira-kira 10,000 orang termasuk ahli politik, guru besar dan pemimpin agama dinamakan sebagai sebahagian daripada rangkaian pemberontak di wilayah selatan negara ini, dalam buku nota terbaru yang dilancarkan oleh tentera.
 
Nama-nama yang di senarai hitam itu diterbitkan dalam dua buah buku dikenali sebagai Perintah Pertempuran.

Buku nota pertama itu menerangkan struktur rangkaian pemberontak termasuklah gerakan pemisah, kumpulan pemisah lama di wilayah tersebut dan mereka yang mempunyai kaitan dengan pemberontak.

Buku nota kedua mengenal pasti nama-nama pemimpin dan kumpulan mereka di setiap kampung dan daerah di Yala, Pattani, Narathiwat dan empat daerah di Songkhla.

Senarai setebal 500 muka surat itu menyenaraikan nama 9,692 orang yang terlibat dalam rangkaian pemberontak.

Daripada jumlah itu, 4,116 orang dari Narathiwat, (3,183) Pattani, (3,183) Yala (2,059) dan 334 orang di empat daerah di Songkhla.

Seramai 886 orang daripada mereka pula dikenakan waran tangkap.

''Jumlah pemimpin dan pengikut mereka meningkat dalam angka ratusan, menjadikan lebih 10,000 orang sekarang. Buku nota ini dikemas kini setiap tahun,'' kata sumber tentera.

Buku nota itu menyatakan pertubuhan asas rangkaian pemberontak dikenali sebagai Dewan Pimpinan Usat (DPP) yang terdiri daripada 20 tokoh.

Bagaimanapun, buku nota tersebut tidak menamakan siapa pengerusi DPP. - AGENSI

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น