BANGKOK, 15 Sep – Kerajaan Thai sentiasa memainkan drama untuk menjelaskan konflik di wilayah selatan. Hari ini ahli akademik negara Thai mengatakan bahawa 93 orang menyerah diri pada tanggal 11 september 2012 |
adalah drama yang dibuat oleh
kerajaan untuk menimpu OIC. menteri pertahanan ACM. Sukampol Suwannatad
membantah ahli akademik dengan melarang jangan memberi pandangan
seperti itu oleh sebab orang yang menyerah diri itu adalah pejuang dan
ada waran tangkap kes jenayah, ACM. Sukampol berkata lagi jikalau ahli
akademik tidak buat apa-apa yang memberi keuntungan lebih baik diam
sahaja.
Selama 4 hari kerajaan tidak boleh memberi jawapan terhadap 3 perkara permintaan 93 orang yang menyerahkan diri, salah satunya menghapuskan rawan tangkap dan semua kes jenayah. Tawaran kerajaan kepada semua 93 orang itu hanya memberi kemudahan dalam perjalan ke mahkamah sahaja, tetapi tawaran itu tidak memuaskan 93 orang yang menyerahkan diri itu, serta memberi jaminan jikalau kerajaan Thai tidak menghapuskan semua waran tangkap dan kes jenayah 93 orang, hal ini meyakinkan bahawa pejuang yang lain tidak akan menyerahkan diri selepas ini. Gen.Yutthasak Sasiprapha selepas mesyuarat dengan AJK di wilayah selatan memberi ucapan dengan pemberita di Bangkok mengatakan beliau mengarah Let.Gen. Udomcha Thammasarorat untuk menyediakan persiapan dalam menerima kedatangan OIC pada tanggal 17 September 2012 ini, salah satu dari padanya adalah membawa OIC berjumpa dengan group yang menyerah diri pada tanggal 11 September lalu. Untuk membuktikan bahawa kerajaan Thai dapat mengatasi keadaan sehingga 93 orang pejuang menyerah diri dan tidak buat apa-apa tindakan lagi dari kerajaan Thai. Drama yang ditayangkan oleh kerajaan Thai untuk mempertahankan OIC mengangkat konflik di wilayah selatan Thai sebagai agenda utama dalam mesyuarat agong OIC, sedangkan konflik di wilayah selatan sekarang ini kerajaan Thai tidak mengetahui arah tuju untuk menyelesaikannya. Badan-badan kerajaan yang bertugas untuk menyelesaikan konflik ini masih bergadas sesama sendiri. Harapan orang Melayu Muslim wilayah selatan Thai adalah di tangan OIC dalam menyelesaikan masalah di tempat ini oleh sebab kerajaan Thai hanya dapat menyelegakan keadaan tetapi tidak dapat mangatasinya. Patani Ambranews |
วันอังคารที่ 11 กันยายน พ.ศ. 2555
93 Orang Tertipu Menjadi Drama Menyambut OIC
สมัครสมาชิก:
ส่งความคิดเห็น (Atom)
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น